Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 16,000 individu ditangkap, dadah bernilai sehingga S$27.6 juta dirampas

Polis Selangor menahan 16,075 individu yang terlibat dengan gejala dadah sepanjang Januari hingga Oktober lepas, melibatkan rampasan sekitar 1,700 kilogram pelbagai jenis dadah ‘kegemaran’ bernilai RM84.7 juta (S$27.6 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 16,000 individu ditangkap, dadah bernilai sehingga S$27.6 juta dirampas

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 08:31AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 08:33AM

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 16,075 individu yang terlibat dengan gejala dadah sepanjang Januari hingga Oktober lepas, melibatkan rampasan sekitar 1,700 kilogram pelbagai jenis dadah ‘kegemaran’ bernilai RM84.7 juta (S$27.6 juta).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supt R. Sundralingam berkata daripada jumlah tahanan itu, seramai 728 individu disiasat di bawah undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Dadah yang dirampas pula disifatkan sebagai ‘kegemaran’ penagih dan pengedar dadah kerana permintaannya yang tinggi iaitu heroin (63 kg); ganja (551 kg); kokain (16 kg); syabu (147 kg); ketamin (326 kg); Ecstasy (96 kg); Erimin 5 (500 kg); pil Yaba (615 gram) dan 61 pokok ganja.

“Selain itu, polis turut merampas pelbagai harta milik pengedar dadah bernilai RM13.8 juta (S$4.5 juta) yang terdiri daripada rumah, wang tunai, kenderaan serta barangan mewah lain di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Hak Harta) 1988,” katanya Supt Sundralingamdalam dalam sidang media semalam (17 Nov).

Supt Sundralingam menambah, sebanyak 145 pengedar dadah turut diberkas di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1952 dalam tempoh sama bagi melumpuhkan mana-mana sindiket yang aktif di Selangor.

“Polis Selangor juga akan terus memperhebat dan mempergiatkan operasi serta penangkapan untuk membanteras sebarang aktiviti berkaitan dadah daripada berleluasa di negeri ini,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan