Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 130 pelajar tahfiz Masjid Seri Petaling dipindahkan ke stesen kuarantin

Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling, dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 130 pelajar tahfiz Masjid Seri Petaling dipindahkan ke stesen kuarantin

Sekumpulan pelajar tahfiz dipindahkan ke stesen kuarantin. (Gambar: JBPM)

Diterbitkan : 23 Mar 2020 07:11PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 07:18PM

KUALA LUMPUR: Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling, dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini (23 Mac).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses membasmi kuman yang dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM KL sebelum dipindahkan. 

“Kesemua pelajar tahfiz sudah dibawa ke stesen kuarantin menggunakan empat buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses membasmi kuman turut dilakukan ke atas empat buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Seri Petaling yang menjadi lokasi itijimak tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19.  

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan