Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 100 maut selepas pesawat Cuba terhempas

Lebih 100 penumpang maut, manakala tiga lagi terselamat selepas pesawat Boeing 737 terhempas semalam (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2018 11:46AM Dikemas Kini : 20 May 2018 12:31AM

HAVANA, CUBA: Lebih 100 penumpang maut, manakala tiga lagi terselamat selepas pesawat Boeing 737 terhempas semalam (18 Mei).

Pesawat domestik yang sedang dalam penerbangan ke Holguin di timur Cuba itu, terhempas sejurus selepas meninggalkan Havana pada 11.00 pagi, waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pesawat berkenaan membawa antara 104 dengan 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kakitangan pesawat.

Media tempatan juga melaporkan, lima daripada penumpang termasuk kakitangan pesawat itu adalah warga asing.

Pemerintah Mexico mengesahkan bahawa rakyat negara itu adalah antara penumpang yang terkorban dalam kemalangan tersebut.

Presiden Miguel Diaz-Canel dalam satu kenyataan menerusi stesen televisyen berkata, nahas berkenaan adalah berita buruk buat negaranya, berikutan angka korban yang tinggi.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran pada pesawat itu dan pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti kesemua mayat.

“Punca nahas masih belum diketahui dan ia masih dalam siasatan,” kata beliau.

Seorang saksi, Gilberto Menendez yang mengusahakan restoran berhampiran lokasi kemalangan di kawasan pertanian Boyeros berkata, beliau dan para pelanggannya mendengar beberapa letupan sebelum melihat asap tebal berkepul di udara.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan