Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 1 juta penduduk di kem perlindungan susuli banjir India

Lebih sejuta penduduk mencari tempat berteduh di kem-kem perlindungan bagi melarikan diri daripada banjir monsun yang sudah meragut nyawa lebih 410 orang sejauh ini di wilayah Kerala di bahagian barat daya India, menurut para pegawai pada Selasa (21 Ogos). Seorang penggubal 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1 juta penduduk di kem perlindungan susuli banjir India

Mangsa-mangsa banjir di sebuah universiti yang dijadikan sebagai kem perlindungan sementara di Kochi, di bahagian selatan Kerala. (Gambar: Sivaram V/Reuters)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 05:23PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 05:27PM

CHENGANNUR: Lebih sejuta penduduk mencari tempat berteduh di kem-kem perlindungan bagi melarikan diri daripada banjir monsun yang sudah meragut nyawa lebih 410 orang sejauh ini di wilayah Kerala di bahagian barat daya India, menurut para pegawai pada Selasa (21 Ogos).

Seorang penggubal undang-undang Kerala berkata, sekitar 50,000 rumah musnah akibat banjir monsun itu. Para penduduk kini mendapatkan perlindungan di kem-kem berkenaan, sedang kesan kemusnahan akibat bencana alam itu hanya dapat dilihat selepas air bah surut.

Beribu-ribu askar, tentera laut dan tentera udara sudahpun dikerahkan ke merata Kerala bagi membantu para penduduk yang terkandas di kawasan-kawasan terpencil dan berbukit.

Jurucakap pemerintah wilayah memberitahu agensi berita AFP bahawa 1,028,000 orang dilaporkan berada di sekitar 3,200 kem perlindungan yang dibangunkan di merata wilayah itu.

Enam lagi mayat ditemui pada Isnin (20 Ogos), kata beliau, sekaligus meningkatkan angka korban akibat banjir itu kepada lebih 410 orang sejauh ini, sejak bermulanya musim monsun pada bulan Jun.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan