Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 1,700 ditahan dalam bantahan 'baju kuning' di Perancis

Lebih daripada 1,700 orang ditahan di seluruh Perancis dalam bantahan "baju kuning" terbaru selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis anti rusuhan menyebabkan lebih banyak kerosakan teruk di Paris berbanding seminggu lalu, menurut para pegawai pada Ahad (9 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,700 ditahan dalam bantahan 'baju kuning' di Perancis

Kesan kerosakan akibat bantahan di Paris, Perancis pada 8 Dis (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Dec 2018 08:20PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 08:26PM

PARIS: Lebih daripada 1,700 orang ditahan di seluruh Perancis dalam bantahan "baju kuning" terbaru selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis anti rusuhan menyebabkan lebih banyak kerosakan teruk di Paris berbanding seminggu lalu, menurut para pegawai pada Ahad (9 Dis).

Pertempuran tercetus di ibu kota Perancis dan beberapa kota lain termasuk Marseille, Bordeaux, Lyon dan Toulouse pada hujung minggu keempat tunjuk perasaan di merata negara bagi membantah kenaikan kos sara hidup dan Presiden Emmanuel Macron secara amnya.

Mereka melaung-laungkan nama beliau di Champs-Elysees mendesak "Presiden Macron, letak jawatan".

1,220 daripada 1,723 yang ditangkap diarah supaya terus ditahan, menurut pihak kementerian.

Polis di Paris menyatakan pihaknya membuat 1,082 penangkapan pada Sabtu, satu lonjakan berbanding 412 sebelum ini.

Kementerian Ehwal Dalam negeri menyatakan sekitar 136,000 orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan merata Perancis pada Sabtu, sama bilangannya seperti bantahan pada 1 Disember lalu.

Namun Paris sekali lagi paling teruk terjejas dengan keganasan dan kerosakan harta benda.

Penunjuk perasaan yang memakai jaket keselamatan kuning cerah, membakar kereta dan hadangan, serta memecahkan tingkap dalam kejadian-kejadian keganasan sedang kenderaan-kenderaan berperisai menyusuri jalan.

"Sektor kawasan terjejas dengan insiden keganasan adalah lebih luas... Dengan kurangnya penghadang, (orang ramai) semakin bertebaran, maka itu semakin banyak tempat terjejas dengan keganasan," timbalan datuk bandar Paris Emmanuel Gregoire memberitahu saluran radio France Inter.

"Terdapat lebih banyak kerosakan semalam berbanding minggu lalu."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan