Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 1,100 mangsa banjir dipindahkan merata Malaysia

Seramai 1,149 mangsa banjir daripada 309 keluarga dipindahkan ke 13 pusat penempatan sementara (PPS) di lima negeri setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,100 mangsa banjir dipindahkan merata Malaysia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Oct 2019 04:23PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 04:26PM

PUTRAJAYA: Seramai 1,149 mangsa banjir daripada 309 keluarga dipindahkan ke 13 pusat penempatan sementara (PPS) di lima negeri setakat pukul 12.00 tengah hari tadi (27 Okt).

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Kuala Selangor, Selangor seramai 659 mangsa daripada 185 keluarga dipindahkan ke empat PPS di daerah itu.

Di Perak, ia melibatkan seramai 185 orang daripada 42 keluarga yang ditempatkan di dua PPS, masing-masing di Kerian dan Hilir Perak.

Menurut Nadma, di Seberang Perai, Pulau Pinang pula seramai 131 mangsa daripada 35 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah itu.

Di Johor, seramai 105 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua PPS, masing-masing di Batu Pahat dan Pontian, manakala di Jelebu, Negeri Sembilan, seramai 69 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Nadma turut melaporkan Jalan Bagan Serai di Kerian menuju ke Alor Pongsu dan Selama ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan