Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 1,000 kanak-kanak jadi mangsa dera seks paderi katolik selama 70 tahun

Peguam Negara Pennsylvania mengumumkan satu laporan juri mengenai perbuatan sumbang, yang dilakukan oleh seorang paderi Roman Katolik ke atas kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 1,000 kanak-kanak jadi mangsa dera seks paderi katolik selama 70 tahun

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 07:37PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 07:39PM

NEW YORK: Peguam Negara Pennsylvania mengumumkan satu laporan juri mengenai perbuatan sumbang, yang dilakukan oleh seorang paderi Roman Katolik ke atas kanak-kanak.

Lebih 300 orang yang berselindung di sebalik tugas sebagai paderi didakwa melakukan kesalahan seksual ke atas lebih 1,000 kanak-kanak sepanjang 70 tahun.

Menurut laporan setebal 884 muka surat, kegiatan sumbang itu dibongkar selepas sekian lama dirahsiakan gereja Katolik tersebut.

Peguam Negara menyifatkannya sebagai laporan paling menyeluruh mengenai penderaan seksual oleh paderi gereja dalam sejarah Amerika.

Menyusuli pendedahan itu, dua orang paderi diheret ke muka pengadilan, dengan seorang daripada mereka mengaku bersalah.

Namun, kebanyakan daripada paderi yang melakukan kesalahan itu sudah meninggal dunia.

Dakwaan terhadap mereka juga sukar dibuat kerana kejadian itu sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu. 

Sumber : AFP/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan