Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Lari, ombak datang!' - Rasa cemas dan pilu susuli tsunami Indonesia

Yadi, seorang nelayan rakyat Indonesia, berada di rumahnya yang terletak di tepi laut di bahagian pantai barat pulau Jawa apabila beliau merasai angin sepoi-sepoi bahasa pada Sabtu malam (22 Dis), sedang ratusan orang menikmati hidangan ikan panggang di restoran-restoran berdekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Lari, ombak datang!' - Rasa cemas dan pilu susuli tsunami Indonesia

Daerah Pandeglang di wilayah Banten, Indonesia yang dilanda tsunami. (Gambar: Ho-Susi Air/Antara Foto/Reuters)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 07:21PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 07:26PM

LABUAN, INDONESIA: Yadi, seorang nelayan rakyat Indonesia, berada di rumahnya yang terletak di tepi laut di bahagian pantai barat pulau Jawa apabila beliau merasai angin sepoi-sepoi bahasa pada Sabtu malam (22 Dis), sedang ratusan orang menikmati hidangan ikan panggang di restoran-restoran berdekatan.

Tiba-tiba, gelombang besar membadai kawasan pantai, menghanyutkan orang ramai serta memusnahkan bangunan-bangunan dan menyebabkan kenderaan-kenderaan merempuh pokok-pokok.

Sekurang-kurangnya 281 orang terkorban apabila ombak tsunami setinggi 3 meter melanda bandar-bandar di Selat Sunda, antara pulau-pulau Jawa dengan Sumatera, yang tercetus akibat letusan gunung Anak Krakatau.

Tragedi ini merupakan yang terbaru dalam siri bencana alam yang melanda Indonesia pada 2018.

"Orang ramai berkata 'lari, lari, ombak menghampiri!'. Tiga ombak melanda berturut-turut," kata Yadi, seorang nelayan yang mengendalikan enam kapal nelayan, iaitu antara puluhan kapal yang karam atau dihanyutkan ke laut akibat ombak-ombak tersebut.

"Orang ramai benar-benar cemas. Ramai yang ketinggalan," katanya sambil menambah bahawa beliau dan keluarganya berjaya melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.

Beribu-ribu penduduk kehilangan rumah dan sedang berusaha mencari orang kesayangan mereka hari ini (24 Dis) sementara cuba untuk menyelamatkan barang-barang peribadi mereka.

Perkakas berat sedang digunakan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat. Pasukan perubatan dan tentera juga sudah dikerahkan manakala kumpulan-kumpulan polis dan askar sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan-kawasan terpencil. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan