Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lari lokap semata-mata untuk sambut hari lahir, lelaki dijel 8 bulan

Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran bersama teman wanitanya pada 27 Oktober lalu, seorang pemasang jubin dipenjarakan lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lari lokap semata-mata untuk sambut hari lahir, lelaki dijel 8 bulan

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 02:59PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 03:00PM

TAIPING: Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran bersama teman wanitanya pada 27 Oktober lalu, seorang pemasang jubin dipenjarakan lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini (1 Nov).

Tertuduh, Pang Hung Boon, 37 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari 29 Oktober lalu.

Encik Mohd Hairol mengenakan hukuman penjara ke atas tertuduh kerana alasannya bagi melarikan diri kerana mahu menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman wanitanya adalah tidak munasabah.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja meloloskan diri daripada jagaan lokap di Balai Polis Taiping kerana ditahan secara sah atas kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), kira-kira 7.32 malam pada 27 Oktober.

Bagi kesalahan tersebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pang yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana dia perlu menjaga bapanya serta teman wanita dan anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan memohon agar mahkamah menolak rayuan tertuduh untuk dikenakan denda kerana tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau pada tahun 2014, 2015 dan 2016. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan