Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan: Sultan Muhammad V sudah sambut kelahiran anak sulung

Bekas ratu cantik Mosko yang mengahwini Yang di-Pertuan Agong ke-XV Malaysia tidak lama sebelum suaminya itu meletak jawatan, sudah bersalin.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan: Sultan Muhammad V sudah sambut kelahiran anak sulung

Gambar Sultan Muhammad V dan isterinya yang tular di media sosial.

Diterbitkan : 04 Jun 2019 07:50PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 08:01PM

AGENSI: Bekas ratu cantik Mosko yang mengahwini Yang di-Pertuan Agong ke-XV Malaysia tidak lama sebelum suaminya itu meletak jawatan, sudah bersalin.

Cik Oksana Voevodina, 25 tahun, membina rumah tangga dengan Sultan Muhammad V dari Kelantan dalam satu majlis di Moscow pada November lalu.

Sultan Muhammad V terdahulu dikhabarkan melepaskan jawatan setelah terpalit dengan kontroversi tentang gambar-gambar lucah isterinya yang sebelum ini merupakan seorang bintang rancangan realiti televisyen.

Menurut laporan agensi berita Daily Mail, Cik Oksana mengesahkan bahawa beliau melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei. Ini bermakna, Sultan Muhammad V sudahpun menyambut kelahiran anak sulungnya.

Jarak usia antara Sultan Muhammad V dengan Cik Oksana adalah 24 tahun.

Cik Oksana turut dilaporkan memuat naik beberapa gambar keluarga barunya. Malah, Daily Mail melaporkan beliau memuat naik gambar kaki comel anaknya yang disertakan dengan kapsyen dalam bahasa Inggeris dan Russia.

Beliau ditukil sebagai menulis: "21 Mei 2019 - hari di mana kehidupan saya berubah".

"Saya diberitahu bahawa seorang wanita akan menjalani pelbagai perubahan selepas melahirkan dan ternyata ia benar.

"Rasa sayang ini begitu luar biasa. Ia benar-benar sesuatu yang baru. Saya bersyukur kepada Allah dan suami saya atas anugerah ini. Kini kami bertiga," tulis Cik Oksana.

Beliau turut mendedahkan nama penuh anaknya, lapor Daily Mail.

"Terima kasih kerana memilih keluarga kami, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra."

Berkongsi tentang pengalamannya sebelum bergelar 'Ibu', tempoh sepanjang beliau hamil merupakan antara "tempoh paling sukar dalam kehidupannya".

"Saya berdepan dengan begitu banyak komplikasi. Sepanjang tiga bulan terakhir, saya berada di hospital, diberi titisan intravena pada kedua-dua tangan. Sokongan mereka yang terdekat dan cinta saya terhadap anak saya yang paling membantu," tambahnya.

Cik Oksana turut mengesahkan kepada agensi berita Daily Mail bahawa beliau dan Sultan Muhammad V berkahwin secara senyap-senyap lima bulan sebelum majlis di Moscow.

Beliau dan suaminya akan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada Jumaat (7 Jun).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan