Images
  • nepal file
    Sepasang ibu dan anak pada Jan 2016 berdiri di hadapan rumah yang rosak akibat gempa yang menggegarkan Nepal pada April 2015 (Gambar fail: AFP)

Laporan bergambar: Mercy Relief, RLAF di Nepal genap 4 tahun lepas gempa yang ragut hampir 9,000 orang

SINGAPURA: Tanggal 25 April menandakan genap empat tahun sejak Nepal digegarkan gempa bumi dahsyat yang meragut nyawa hampir 9,000 jiwa.

Badan bantuan kemanusiaan setempat Mercy Relief mengadakan lawatan empat hari ke sana dari 24 hingga 28 April untuk melihat projek-projek respons bencana yang dilaksanakan.

Yayasan Rahmatan Lil Alamin, salah satu badan yang memainkan peranan penting mengumpulkan derma pasca bencana, turut hadir bagi menyaksikan bagaimana mereka yang terselamat pulih dan bangkit dari bencana yang memusnahkan rumah-rumah di situ.


Meskipun empat tahun tempoh agak lama bagi kebanyakan orang, rasa pilu masih jelas terasa sedang masyarakat setempat berhimpun memperingati para pekerja sosial, relawan dan penderma darah yang maut semasa gempa menggegarkan bumi pada 2015.


Salah satu usaha yang dilakukan adalah membina semula sekolah serta bilik-bilik darjah kalis gempa agar golongan muda di Nepal dapat sambung belajar.


Para pelajar di Sekolah Phulpingkot mengalu-alukan kedatangan relawan dari RLAF, MR dan Palang Merah Singapura.


(Gambar-gambar ihsan: RLAF, Mercy Relief)


Program perlindungan kecemasan sementara dijalankan sejurus selepas gempa 2015, dibiaya derma yang dikumpul RLAF. Meskipun sudah berpindah ke rumah-rumah yang tetap, kebanyakan penduduk menggunakan tempat teduh sementara yang dibina sebagai tempat menyimpan barang atau haiwan ternakan.


Sebahagian usaha pemulihan adalah pendidikan masyarakat setempat. Pada 2016, Mercy Relief menganjurkan sesi latihan bagi 65 penduduk setempat untuk mempelajari kemahiran bertukang. Mereka kemudian berjaya membina 117 rumah dan berkongsi ilmu yang dipelajari bersama anggota masyarakat yang lain. 

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top