Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laporan bedah siasat Nora Anne didedahkan hari ini: Polis

Sidang media laporan bedah siasat kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, akan diadakan pukul 2.00 petang ini (15 Ogos), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan bedah siasat Nora Anne didedahkan hari ini: Polis

Nora Anne Quoirin dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2019. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 10:42AM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 10:45AM

SEREMBAN: Sidang media laporan bedah siasat kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, akan diadakan pukul 2.00 petang ini (15 Ogos), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam pejabat berkenaan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapuan petugas media tidak diberitahu siapa yang akan memberikan sidang media itu.

Pada Selasa, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora, remaja yang dilaporkan hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora,15 tahun, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8.00 pagi hari berikutnya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan