Images
  • agung airport bali
    Penumpang sedang menunggu maklumat penerbangan menyusuli letusan Gunung Agung di Lapangan Terbang Ngurah Rai Airport di Bali, Indonesia. (Gambar: Antara Foto/Wira Suryantala melalui REUTERS)

Lapangan terbang Ngurah Rai ditutup buat 24 jam lagi

BALI: Kementerian Pengangkutan Indonesia hari ini (28 Nov) menyatakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai Bali akan ditutup buat 24 jam lagi.

Ini berikutan abu daripada ledakan Gunung Berapi Agung.

Laporan daripada pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan bahawa "laluan penerbangan dilitupi abu gunung berapi", menurut kementerian tersebut.

Lapangan terbang tersebut sepatutnya dibuka semula pada jam 7.00 pagi pada 29 November. Notis yang berasingan menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Lombok dibuka semula, selepas ditutup buat semalaman ekoran letusan tersebut. 

- AFP/FA/fa

Top