Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang Hong Kong kembali beroperasi seperti biasa susuli tunjuk perasaan

Operasi di lapangan terbang Hong Kong pada keseluruhannya kembali seperti biasa pada Khamis (15 Ogos) berikutan tunjuk-tunjuk perasaan yang memaksa hampir 1,000 penerbangan dibatalkan minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2019 05:59PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 09:21PM

HONG KONG: Operasi di lapangan terbang Hong Kong pada keseluruhannya kembali seperti biasa pada Khamis (15 Ogos) berikutan tunjuk-tunjuk perasaan yang memaksa hampir 1,000 penerbangan dibatalkan minggu ini.

Bagaimanapun, lebih banyak bantahan besar-besaran dijangka diadakan pada hujung minggu ini.

Jumlah penunjuk perasaan berkurangan di Lapangan Terbang Hong Kong sejak semalam menyusuli langkah-langkah keselamatan yang diperketat.

Satu perintah mahkamah melarang tunjuk-tunjuk perasaan diadakan di luar kawasan-kawasan yang dibenarkan.

Para pengunjung tanpa tiket penerbangan akan dilarang masuk lapangan terbang. Pemeriksaan yang ketat juga dilaksanakan ke atas bas-bas pelancong.

Langkah-langkah itu bagi memastikan tiada penunjuk perasaan dapat memasuki kawasan lapangan terbang dalam jumlah yang besar.

Zon-zon yang dibolehkan mengadakan bantahan terletak jauh daripada dewan penumpang.

Permohonan untuk mengadakan tunjuk perasaan mesti dibuat lebih awal kepada pihak polis.

Sesiapa yang melanggar perintah tersebut boleh didakwa di mahkamah.

Sumber : Reuters/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan