Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang ditutup bila jarak penglihatan di bawah 400 meter: MAHB

Prosedur operasi penglihatan yang rendah di lapangan terbang akan dikuatkuasakan hanya apabila penglihatan mendatar jatuh di bawah 400 meter akibat jerebu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang ditutup bila jarak penglihatan di bawah 400 meter: MAHB

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Sep 2019 05:52PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 05:57PM

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi penglihatan yang rendah di lapangan terbang akan dikuatkuasakan hanya apabila penglihatan mendatar jatuh di bawah 400 meter akibat jerebu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Sehingga pukul 2.00 petang jarak penglihatan yang direkodkan ialah 2,000 meter.

"Jarak penglihatan ini dicatatkan oleh peralatan meteorologi yang diletakkan pada setiap hujung landasan, yang mengukur penglihatan mendatar, yang diistilahkan dalam dunia penerbangan sebagai Jarak Visual Landasan (RVR).

"Pihak berkuasa lapangan terbang boleh memutuskan untuk menangguhkan operasinya di atas nasihat Kawalan Lalu Lintas Udara (jika penglihatan mendatar di bawah 400 meter)," kata jurucakap pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.

Pada Oktober 2015, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ditutup sementara selama tiga jam akibat jerebu yang mengakibatkan jarak penglihatan rendah hanya 500 meter, menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menyatakan bahawa lapangan terbang di Malaysia dilengkapi dengan sistem yang lebih moden dan canggih seperti Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan Sistem Radar Pergerakan Permukaan (SMR) yang dapat memudahkan pendaratan pesawat dalam jerebu.

Pada 2018, pergerakan penumpang Malaysia meningkat 2.5 peratus kepada 99 juta penumpang (2017: 8.5 peratus), dengan pergerakan domestik dan antarabangsa masing-masing meningkat 0.4 peratus dan 4.5 peratus.

Sementara itu, penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (Istanbul SGIA) naik 8.8 peratus kepada 34.1 juta, meningkatkan jumlah penumpang yang dikendalikan oleh lapangan terbang MAHB ke 133.1 juta pada tahun 2018 - yang tertinggi pernah dicatatkan.

Bagi enam bulan pertama tahun ini, rangkaian lapangan terbang MAHB, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) di Turki, mengendalikan 67.8 juta penumpang - pertumbuhan 4.3 peratus tahun ke tahun.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan