Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lapangan terbang Bali ditutup susulan letusan Agung

Lapangan terbang antarabangsa Bali ditutup susulan letusan gunung berapi yang menyebabkan pulau pelancongan itu diselubungi asap tebal dan debu setinggi 2,000 meter ke udara, kata seorang pegawai pagi ini (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang Bali ditutup susulan letusan Agung

Penumpang terkandas. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 08:54AM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 08:56AM

DENPASAR, INDONESIA: Lapangan terbang antarabangsa Bali ditutup susulan letusan gunung berapi yang menyebabkan pulau pelancongan itu diselubungi asap tebal dan debu setinggi 2,000 meter ke udara, kata seorang pegawai pagi ini (29 Jun).

Lapangan Terbang Ngurah Rai ditutup sejak 3.00 pagi tadi dan dijangka berterusan hingga sekurang-kurangnya 7.00 malam ini selepas seorang juruterbang mengesan abu gunung berapi setinggi 7,000 meter selepas gunung berapi Agung meletus semalam (28 Jun).

“Berdasarkan ramalan agensi kaji cuaca, abu gunung berapi itu dijangka tiba di lapangan terbang pada pagi Jumaat,” kata jurucakap lapangan terbang Yanus Suprayogi dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa kemungkinan tempoh penutupan lapangan terbang dilanjutkan selepas 7.00 malam akan dikaji semula.

Setakat ini sekurang-kurangnya 48 penerbangan dibatalkan termasuk AirAsia yang berpangkalan di Malaysia dan JetStar milik Australia.

Gangguan penerbangan itu menjejas lebih 8,000 penumpang.

Meskipun begitu, agensi kaji gunung berapi Indonesia tidak menaikkan tahap amaran letusan Agung manakala Notis bagi Penerbangan berada pada tahap jingga. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan