Images
  • korea utara
    Pihak berkuasa Jepun mengesyaki bot itu adalah sebahagian daripada bot-bot 'berhantu' dari Korea Utara. (Gambar: AFP)

Lapan mayat ditemui dalam sebuah bot yang terdampar di pantai bahagian tengah Jepun

KOREA UTARA: Pihak berkuasa Jepun mengesyaki bot itu adalah sebahagian daripada bot-bot 'berhantu' dari Korea Utara.

Minggu lalu, para pengawal pantai menemui tujuh mayat lelaki dalam bangkai bot di Kanazawa, bahagian tengah Jepun.

Ini menurut pegawai kanan polis Jepun, Hiroshi Abe.

Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui sekitar 15 meter dari bot itu.

Menurut Encik Abe, mayat-mayat yang mula reput itu menyebabkannya sukar dikenal pasti.

Mereka juga menemui sebuah kotak rokok yang mengandungi beberapa pucuk surat dalam bahasa Korea, namun mereka tidak dapat mengesahkan jika bot itu adalah daripada Korea Utara.

Namun, para pengawal pantai percaya bot itu adalah sebahagian daripada bot-bot nelayan Korea Utara, dengan jumlah yang banyak dilaporkan bagi kes-kes sedemikian pada tahun lalu.

Menurut TV Asahi, sebuah lencana yang memaparkan bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il ditemui dalam bangkai bot itu.

Jumlah bot nelayan Korea Utara yang terdampar di kawasan pantai Jepun mencecah paras rekod sebanyak 104 kes tahun lalu, jika dibandingkan dengan 66 kes pada tahun 2016.

- AFP/HA/nk

Top