Images
  • times square
    (Gambar: Timothy A. Clary/ AFP).

Langkah keselamatan dipertingkat di Times Square, New York

NEW YORK: Lebih 1,500 hadangan keselamatan tetap akan dipasang di kawasan terkenal Times Square serta tempat-tempat lain kota New York yang menjadi tumpuan orang ramai.

Rancangan AS$50 juta (S$67 juta) itu diumumkan Datuk Bandar, Bill de Blasio semalam (2 Jan).

Ia bertujuan menghalang kenderaan daripada merempuh para pejalan kaki.

"Bollard" atau tonggak-tonggak besi setinggi paras pinggang akan dipasang di tepi-tepi jalan, menggantikan hadangan konkrit yang ada.

Langkah ini dilakukan berikutan dua kejadian kenderaan merempuh pejalan kaki di Times Square dan kawasan Lower Manhattan tahun lalu.

Di Eropah pula kejadian serangan pengganas menggunakan kereta dan lori sudah beberapa kali berlaku.

- Reuters/MU/aq

Top