Images
  • error 505
    (Gambar: Mediacorp)

Laman web seantero dunia terjejas angkara gangguan Internet

SINGAPURA: Sejumlah lelaman web antarabangsa terjejas pada Selasa (8 Jun), termasuk Amazon, Reddit, CNN, The Guardian dan The New York Times.

Mesej ralat dipaparkan pada lelaman web itu pada kira-kira pukul 6.00 petang (waktu Singapura).

Akhbar Guardian dari Britain menyatakan bahawa laman dan aplikasinya turut terjejas oleh gangguan Internet itu.

Lelaman web milik beberapa media lain di Britain juga tidak dapat diakses manakala lelaman web yang dikendalikan oleh agensi-agensi berita termasuk The Financial Times, The New York Times dan Bloomberg News tidak dapat diakses di seluruh dunia.

Secara berasingan, laman runcit Amazon juga terjejas oleh gangguan Internet itu.

Amazon tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Laman kerajaan United Kingdom juga terjejas.

Isu yang menjejas lelaman web seantero dunia itu masih belum diketahui dengan jelas.

- CNA/Agensi Berita/HA/ha

Top