Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laman Factcheck: Dakwaan virus Wuhan dihasilkan dalam makmal tidak benar sama sekali

Dakwaan oleh sesetengah netizen bahawa virus korona 2019 atau 2019-nCoV dihasilkan dalam makmal dengan vaksinnya telahpun tersedia ada adalah tidak tepat, menurut Factcheck.org.

Anggaran Waktu Membaca:
Laman Factcheck: Dakwaan virus Wuhan dihasilkan dalam makmal tidak benar sama sekali

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jan 2020 02:33PM Dikemas Kini : 27 Jan 2020 02:39PM

KUALA LUMPUR: Dakwaan oleh sesetengah netizen bahawa virus korona 2019 atau 2019-nCoV dihasilkan dalam makmal dengan vaksinnya telahpun tersedia ada adalah tidak tepat, menurut Factcheck.org.

Malahan sehingga hari ini tidak ada vaksin bagi virus baru itu dan tidak ada paten berkaitan dengan virus berkenaan, menurut pertubuhan bukan keuntungan yang bekerjasama dengan Facebook untuk membongkar maklumat tidak betul dalam laman webnya.

Memetik Centers for Disease Control and Prevention, pertubuhan itu menyatakan bahawa sesetengah daripada catatan ‘teori konspirasi’ melalui platform media sosial mengaitkannya dengan paten yang sebenarnya berhubungan dengan dua virus yang berlainan dalam keluarga virus korona, yang terbentuk oleh sekumpulan virus yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan kepada manusia dan beberapa jenis penyakit lain terhadap haiwan.

Satu paten adalah untuk satu urutan genetik virus yang menyebabkan SARS yang mana urutan itu dilakukan di CDC semasa wabak SARS dan paten itu dikemukakan oleh mereka.

Manakala paten lain yang sepatutnya berkait rapat adalah untuk satu bentuk mutasi bagi virus bronkitis jangkitan burung, atau OBV, yang dikemukakan oleh Institut Pirbright, sebuah institut penyelidikan di Britain, yang menjangkiti ternakan tetapi bukan manusia, tambahnya.

“Tiada satu pun daripadanya mempunyai kaitan dengan virus baru 2019-nCoV. Ini jelas satu teori penipuan kononnya virus ini dihasilkan dalam makmal, dipatenkan dan telah mempunyai vaksinnya”, kata Matthew Frieman, seorang penyelidik virus korona di Universiti Maryland, dipetik sebagai berkata oleh laman web Factcheck.org.

Antara catatan dalam Facebook itu, yang dikongsi bersama oleh Factcheck.org dalam laman webnya berbunyi “Cukup lucu sekali, sudah ada paten untuk virus korona yang difailkan pada 2015 dan diluluskan pada 2018,” dan satu lagi yang dikongsi dengan yang lain dan sebahagian daripada siri hantaran tidak benar mengenai virus korona, yang mendakwa bahawa virus itu ‘baru’ tetapi ia dihasilkan dari makmal dan dipatenkan pada 2015 (dalam pembangunan sejak 2003’).”

Buat masa ini, Factcheck.org menyatakan para penyelidik masih berusaha untuk memahami asal usul, penyebaran dan keterukan berhubung virus terbaharu virus korona.

Bukti mencadangkan bahawa virus itu berkemungkinan menjangkiti manusia daripada sejenis haiwan yang masih belum dikenal pasti, seperti yang berlaku sebelum ini untuk virus korona yang lain.

Contohnya, virus SARS, dikatakan terhasil daripada kelawar dan kemudian merebak kepada manusia menerusi musang, binatang menyerupai seperti kucing yang dimakan sebagai sajian istimewa di Asia. Virus SARS kemudian terbukti boleh berjangkit dari manusia ke manusia.

Sehingga Sabtu (25 Jan), Kementerian Kesihatan mengesahkan empat kes jangkitan virus korona di Malaysia.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan