Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Laluan penghubung yang selamat untuk haiwan liar dibina di AS

Satu laluan penghubung yang selamat untuk haiwan liar.

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan penghubung yang selamat untuk haiwan liar dibina di AS
Diterbitkan : 28 Nov 2020 08:23PM Dikemas Kini : 28 Nov 2020 08:32PM

UTAH: Satu laluan penghubung yang selamat untuk haiwan liar.

Para pegawai di Utah, Amerika Syarikat meraikan kejayaan sebuah laluan penghubung yang dibina, merentasi sebuah lebuh raya yang sibuk.

Matlamatnya adalah mengurangkan kemalangan akibat haiwan liar yang sebelum ini berkeliaran di lebuh raya berdekatan.

Pada mulanya tidak pasti bila laluan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya, bagaimanapun satu rakaman video membuktikan kejayaan usaha mereka untuk menggalakkan pelbagai jenis haiwan liar seperti, tupai, beruang dan rusa bergerak dengan selamat.

Sebelum ini, lebih 100 pertembungan kenderaan dengan haiwan liar dilaporkan dalam tempoh dua tahun sebelum laluan AS$5 juta (S$6.7 juta) itu dibina.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan