Images
  • ade

Laksamana Ade Supandi terima Pingat Khidmat Cemerlang dari Mindef

INDONESIA: Ketua Panglima Tentera Laut Indonesia menerima anugerah tertinggi tentera, kerana sumbangannya dalam menjalin hubungan baik dengan Tentera Laut Singapura sejak sekian lama.

Laksamana Ade Supandi dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan, siang tadi (24 Nov).

Ia disampaikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Baru-baru ini, Singapura dan Indonesia meraikan hubungan Tentera Laut dua hala lebih 40 tahun, dengan mengadakan latihan bersama, menyertai pelbagai pameran dan bekerjasama dalan keselamatan maritim.

- Agensi berita/AA/aq

Top