Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi tarikan untuk jemaah haji, umrah: Muzium papar kehidupan Nabi Muhammad di Madinah

Beberapa buah muzium privet sudah dibuka di Madinah, sejak Suruhanjaya Saudi mula mengeluarkan lesen.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi tarikan untuk jemaah haji, umrah: Muzium papar kehidupan Nabi Muhammad di Madinah

Muzium Dar Al-Madinah. (Gambar: laman madinahkec.com)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 11:51PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 11:54PM

MADINAH: Beberapa buah muzium privet sudah dibuka di Madinah, sejak Suruhanjaya Saudi mula mengeluarkan lesen.

Di Muzium Dar Al-Madinah, para pengunjung dan pengkaji boleh mempelajari tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, ketamadunan Islam dan kebudayaan bandar Madinah.

Ia merupakan "muzium pertama dan paling besar khusus bagi sejarah dan warisan budaya Madinah serta mercu tanda kehidupan Nabi Muhammad SAW," Pengarah Eksekutif, Hassan Taher memberitahu Arab News.

Muzium itu, yang menawarkan empat dewan, menerbitkan makalah-makalah khusus mengenai sejarah dan mercu tanda Madinah. Malah ia turut mengadakan seminar dan forum dalam bidang yang sama, lapor Arab News.

Dewan yang memaparkan tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW termasuk koleksi lukisan dan gambar-gambar Madinah, yang jarang dilihat, serta koleksi unik sejarah Islam.

Sebuah lagi dewan pula terdiri daripada halaman di mana para pengunjung boleh menikmati alam semula jadi dan seni bina purba Madinah.

Muzium itu dijaga oleh "para kakitangan berkemahiran tinggi dan berpengetahuan yang berupaya berkomunikasi dengan orang ramai berdasarkan sumber-sumber yang sudah diarkib dan bahan-bahan rujukan saintifik sebenar," kata Encik Hassan.

Pasukan tersebut merangkumi kakitangan yang boleh bertutur dalam tujuh bahasa, termasuk Arab, Inggeris, Turki dan Urdu, tambah beliau.

Para pengunjung termasuk para penduduk Madinah, jemaah haji dan umrah, pegawai delegasi, keluarga, mahasiswa universiti, pelajar sekolah dari dalam dan juga luar bandar, ujar beliau.

Muzium tersebut terletak di Abdul Aziz Road di Madinah Knowledge Economic City, lapor Arab News.

Ia dibuka dari Sabtu hingga Khamis, pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam (waktu Saudi).

Bayaran masuk adalah SR25 (S$8).

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan