Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi serangan dekat masjid: 1 mati, 4 cedera di Islamabad

Dua lelaki bersenjata membunuh seorang jemaah dan mencederakan sekurang-kurangnya empat lagi orang di luar sebuah masjid puak Syiah Islamabad, ibu kota Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi serangan dekat masjid: 1 mati, 4 cedera di Islamabad

Serangan di Pakistan. (Gambar: FAROOQ NAEEM / AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 06:32PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 06:41PM

ISLAMABAD: Dua lelaki bersenjata membunuh seorang jemaah dan mencederakan sekurang-kurangnya empat lagi orang di luar sebuah masjid puak Syiah Islamabad, ibu kota Pakistan.

Demikian menurut polis semalam (29 Nov), beberapa hari selepas satu bantahan golongan tegar berakhir di bandar tersebut.

Penembakan terjadi ketika orang ramai meninggalkan masjid Bab-ul-Ilm selepas menunaikan solat .

"Dua lelaki bersenjata mendekati sebuah pendingin air yang dipasang di luar pintu utama masjid dan menuang air ke dalam gelas mereka sebelum melepaskan tembakan ke atas orang ramai ketika mereka keluar dari masjid," kata pegawai polis tempatan Qasim Ahmad.

Beliau berkata dua lelaki bersenjata itu berjalan ke tempat kejadian dan kemudian menghilangkan diri di kawasan berdekatan selepas penembakan.

Sejauh ini belum ada yang mendakwa bertanggungjawab.

Kaum Syiah membentuk kira-kira 20 peratus daripada 200 juta penduduk Pakistan.

Serangan oleh kaum Sunni terhadap kumpulan minoriti, serta keganasan oleh kumpulan lain, mengorbankan beribu-ribu nyawa di negara itu sejak sedekad lalu. Bagaimanapun, serangan berkaitan mahzab di ibu negara jarang berlaku.

Penembakan itu berlaku beberapa hari selepas kesepakatan tentera mengakhiri bantahan anti-kufur selama seminggu di Islamabad yang menyaksikan tujuh terbunuh dan beratus-ratus cedera dalam pertempuran dengan polis.

Keganasan meletus pada hujung minggu selepas pasukan polis dan pasukan separa tentera melancarkan percubaan untuk menceroboh masuk sehingga timbul tunjuk-tunjuk perasaan baru di bandar-bandar serata negara, termasuk di Lahore dan Karachi.

"Kami mahu pembantahan ini berakhir secepat mungkin kerana kami menerima maklumat perisikan tentang kumpulan jahat yang cuba mencetuskan kekacauan dengan melakukan sesuatu bersifat subversif," kata Menteri Dalam Negeri Ahsan Iqbal dalam satu sidang akhbar di Islamabad semalam (29 Nov).

"Ini yang kita bimbangkan," katanya.

Kumpulan Pakistan Tehreek-i-Labaik Ya Rasool Allah mengadakan demonstrasi menuntut peletakan jawatan menteri undang-undang Pakistan, Zahid Hamid atas pindaan kecil yang dilakukan secara mendadak untuk mengangkat sumpah bagi para calon pilihan raya.

Para penunjuk perasaan mengaitkan perubahan itu kepada kekufuran, tuduhan yang sangat sensitif dalam kalangan Muslim Pakistan yang konservatif.

Menteri Undang-undang Pakistan meletak jawatan pada hari Isnin (27 Nov) dengan pemimpin-pemimpin pembangkang mengatakan pemerintah sudah bersetuju untuk memenuhi semua permintaan mereka. Ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Pakistan tentang kemungkinan akan ada satu insiden berbahaya yang sudah ditetapkan, setelah para pegawai tunduk kepada satu kumpulan penunjuk perasaan yang kecil. 

Sumber : AFP/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan