Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi angin perubahan Saudi: Yoga dibenarkan, kejohanan bola sepak wanita diadakan

Lebih banyak angin perubahan terus meniup di Arab Saudi. Yang terkini, ialah buat pertama kalinya, sebuah kejohanan bola sepak wanita mula dilancarkan hari ini (22 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi angin perubahan Saudi: Yoga dibenarkan, kejohanan bola sepak wanita diadakan

Wanita Saudi di stadium sempena sambutan hari kebangsaan negara itu. (Gambar: FAYEZ NURELDINE/AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2017 11:22PM Dikemas Kini : 22 Nov 2017 11:37PM

JEDDAH: Lebih banyak angin perubahan terus meniup di Arab Saudi. Yang terkini, ialah buat pertama kalinya, sebuah kejohanan bola sepak wanita mula dilancarkan hari ini (22 Nov). Mengajar yoga sebagai aktiviti kesukanan juga sudah diberi kelulusan.

Lebih seminggu lalu, kejohanan bola keranjang wanita juga berlangsung buat pertama kalinya.

Semua ini berlaku setelah pihak berkuasa Saudi memberi lampu hijau kepada kaum wanita untuk boleh memandu mulai tahun depan. Ini juga bermakna, soal pemerkasaan wanita bukan lagi sekadar topik perbincangan tetapi kini menjadi kenyataan di Arab Saudi.

Bertahun-tahun lamanya, para wanita di negara ultra konservatif itu menghadapi pelbagai rintangan untuk bersukan. Namun terdapat beberapa perkembangan yang merangsangkan sejak kebelakangan ini.

Tahun lalu, Arab Saudi sekali lagi menghantar atlit wanita untuk mewakili negara dalam sukan Olimpik dengan yang pertama di London pada 2012. Sara Al-Attar, Lubna Al-Omair, Cariman Abu Al-Jadail dan Wujud Fahmi menjadi tumpuan media dalam temasya antarabangsa itu, menandakan komitmen negara mereka buka lebih peluang bersukan kepada golongan wanita.

Malah, dengan pelan pembaharuan Wawasan 2030 yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman sejak Ogos 2016, pelbagai langkah diambil untuk memudahkan lagi wanita berkecimpung dalam sukan.

KEJOHANAN BOLA KERANJANG, BOLA SEPAK DIPERKENALKAN

Buat julung-julung kalinya, negara pengeksport minyak terbesar di dunia itu pada September lalu, mengumumkan bahawa para wanita akan dibenarkan memasuki stadium bagi menyaksikan acara sukan mulai awal tahun depan.

Awal November ini pula, sebuah pertandingan bola keranjang khas untuk pemain wanita diadakan buat pertama kali di Arab Saudi. Tambahan pula, Kejohanan Bola Keranjang Wanita Mazda yang bersejarah itu dianjurkan untuk menggalang dana bagi kempen meningkatkan kesedaran barah payu dara.

Lebih memberangsangkan lagi, kojahanan bola sepak bagi wanita yang berlangsung esok bermakna para pemain bola sepak wanita tidak perlu lagi menghabiskan wang mereka untuk mengendalikan pertandingan dan perlawanan sendiri.

Kos menampung kegiatan bola sepak boleh mencecah beribu-ribu riyal dengan harga sewa padang sebanyak SR36,000 (S$1,200) dan peralatan untuk berlatih mencapai hingga SR15,000 (S$500) setiap tahun. Tambahan pula, ada sesetengah pasukan di Jeddah yang harus membiayai kos pengangkutan ke Riyadh ataupun Dammam untuk perlawanan di luar negeri.

YOGA DULU DIANGGAP MELENCONG, KINI DITERIMA

Usaha-usaha tidak sahaja tertumpu kepada membolehkan wanita bergiat dalam sukan yang sudah terkemuka di kalangan lelaki seperti bola sepak dan bola keranjang.

Sejajar dengan itu, lebih banyak sukan yang kini mula diterima sekaligus menambah kepada pilihan sukan bagi golongan wanita. Di antaranya adalah yoga yang sebelum ini dianggap melencong dari segi agama.

Sejak 2010, Nouf Al-Marwaai, pengasas Pertubuhan Yoga Arab berjuang untuk yoga diiktiraf sebagai satu kegiatan sukan tetapi dihambat pelbagai cabaran.

Akhirnya, beliau dapat meraih titik peluhnya setelah Kementerian Perdagangan dan Pelabuhan (MCI) meluluskan yoga sebagai kegiatan yang dibenarkan. Langkah berkenaan membolehkan seseorang individu sepertinya memohon lesen untuk mengajar dan mengamalkan yoga.

Ramai yang mengalu-alukan langkah positif dalam pemerkasaan wanita yang diambil Arab Saudi baru-baru ini, dengan ada di kalangan mereka menobatkannya sebagai 'era baru' sedang negara berkenaan bertukar naratif "Minyak sebagai Emas" kepada "Kemanusiaan sebagai Emas". 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan