Images
  • france (1)
    (Gambar: AFP)

Lagi 4 pelajar didakwa berhubung kes penggal kepala guru Perancis

PARIS: Empat lagi pelajar remaja didakwa di Perancis berhubung pembunuhan Samuel Paty termasuk tiga kerana didakwa menunjukkan guru itu kepada pembunuhnya, dedah sumber kehakiman pada Khamis (26 Nov).

Tiga pelajar itu didakwa bersubahat dalam pembunuhan Paty yang dipenggal kepalanya selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada para pelajar sebagai sebahagian daripada pelajaran mengenai kebebasan bersuara.

Tiga daripada empat pelajar yang didakwa itu dipercayai menunjukkan Paty kepada pembunuhnya, Abdullakh Anzorov, 18, yang kemudian menjejaki dan memenggal kepalanya di jalan raya berhampiran sekolahnya.

Menurut sumber itu, mereka bertiga yang berusia antara 13 dengan 14 tahun, dituduh 'terlibat bersubahat dalam pembunuhan tersebut'.

Tertuduh keempat pula adalah anak perempuan Brahim Chnina, yang melancarkan kempen ganas secara online terhadap Paty dan mengecam tindakan guru tersebut menggunakan kartun yang diterbitkan oleh satira mingguan Charlie Hebdo.

Remaja itu didakwa dengan 'tuduhan memfitnah' Paty selepas menceritakan hanya versinya mengenai kejadian di dalam bilik darjah, meskipun dia sendiri tidak menghadiri kelas sivik tersebut.

Pembunuhan Paty mencetuskan kemarahan ramai yang mendorong Presiden Emmanuel Macron mengutuk keras ekstremisme dan pengganasan di negara itu yang sudah dilanda serangan pengganas sejak 2015, yang sejauh ini sudah mengorbankan lebih 250 orang.

- AFP/NA/na

Top