Images
  • presiden haiti
    Presiden Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya. (Gambar fail: REUTERS)

Lagi 3 suspek diberkas berkait pembunuhan Presiden Haiti

MOSCOW: Jumlah individu yang ditahan di Haiti berhubung pembunuhan Presiden Jovenel Moise kini mencecah 26 orang, lapor Sputnik sambil menukil polis negara itu.

Laporan-laporan sebelum ini menyatakan 23 suspek sudahpun ditahan. Senarai penahanan itu termasuk 18 warga Colombia dan lima rakyat Haiti.

"Tiga lagi orang sudahpun ditahan," Ketua Pengarah Polis Haiti, Leon Charles, melaporkan pada Selasa (20 Jul) malam dalam satu catatan di akaun Facebook polis.

Beliau menambah para pegawai polis adalah antara suspek yang ditahan.

Moise ditembak mati di kediamannya pada 7 Julai. Isterinya, Martine, turut cedera dan dihantar ke sebuah hospital di Amerika Syarikat menaiki pesawat.

Polis menyatakan ia sudahpun mengenal pasti 28 suspek.  

- BERNAMA/FZ/fz

Top