Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lagi 2 maut, kes dihubungkan dengan 'Momo Challenge'

Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan seorang remaja 16 tahun menjadi korban terkini permainan atas talian 'Momo Challenge' yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 2 maut, kes dihubungkan dengan 'Momo Challenge'

'Cabaran Momo' cabar para pengguna untuk berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali. (Gambar: Anews24/ Facebook)

Diterbitkan : 05 Sep 2018 08:17AM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 08:21AM

BARBOSA: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan seorang remaja 16 tahun menjadi korban terkini permainan atas talian 'Momo Challenge' yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Astro Awani melaporkan, kematian mangsa berlaku dalam tempoh 48 jam antara satu sama lain di Barbosa, Santander, utara Colombia.

Menurut polis, kedua-dua mangsa yang belum dinamakan, dipercayai maut setelah menyertai 'Momo Challenge', permainan atas talian yang menggalakkan peserta membunuh diri.

Astro Awani menukil media tempatan yang melaporkan bahawa mayat remaja lelaki berkenaan ditemui terlebih dahulu dan dia dipercayai memperkenalkan permainan tersebut kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersebut yang merupakan mangsa kedua.

Menurut Astro Awani lagi, mayat kanak-kanak perempuan berkenaan ditemui tergantung di rumahnya dua hari kemudian oleh ahli keluarga.

Agensi berita CBN sebelum ini melaporkan, 'Momo Challenge' akan menggalakkan orang ramai menghantar pesanan WhatsApp kepada satu nombor rambang, yang akan dijawab oleh seorang 'wanita' yang kelihatan seperti burung.

Wanita itu dikatakan akan mencabar pengirim mesej untuk melakukan pelbagai tugasan. Jika individu itu gagal melaksanakan cabaran-cabaran yang ditugaskan, nombor itu mengugut akan mendedahkan informasi sulit individu tersebut kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang yang tidak dikenali. 


LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan