Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kushner jangka pelan damai Timur Tengah diumum dalam masa terdekat

Penasihat Kanan Presiden Donald Trump, Encik Jared Kushner, berkata bahawa Wahington dijangka mengumumkan pelan damai Timur Tengah meskipun Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang tidak puas hati dengan dasar Amerika Syarikat sejauh ini, tidak bekerjasama.

Anggaran Waktu Membaca:
Kushner jangka pelan damai Timur Tengah diumum dalam masa terdekat

Gambar fail REUTERS.

Diterbitkan : 24 Jun 2018 10:57PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 11:00PM

BAITULMAKDIS: Penasihat Kanan Presiden Donald Trump, Encik Jared Kushner, berkata bahawa Wahington dijangka mengumumkan pelan damai Timur Tengah meskipun Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang tidak puas hati dengan dasar Amerika Syarikat sejauh ini, tidak bekerjasama.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam bahasa Arab di akhbar Palestin, Al Quds, Encik Kushner yang sedang mengadakan pertemuan dengan para pemimpin rantau itu (tidak temasuk Presiden Abbas), ditanya tentang keupayaannya mencapai persetujuan. Beliau menjawab bahawa saranan Amerika Syarikat itu akan diterbitkan dalam masa yang terdekat.

Presiden Abbas sejauh ini enggan bekerjasama dengan pentadbiran Presiden Trump selepas keputusan Washington Disember lalu untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke sana. Penduduk Palestin mahu ibu kota mereka sendiri di Baitulmakdis Timur.

Memberi komen tentang wawancara itu, Encik Nabil Abu Rudainah, seorang jurucakap bagi Presiden Abbas berkata: "Laluan menuju ke arah perdamaian jelas - komitmen kepada huraian dua negara, sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan yang ditentukan pada 1967 dengan Baitulmakdis sebagai ibu kotanya. Ini adalah laluan bagi sebarang rundingan atau mesyuarat."

Pentadbiran Presiden Trump sebelum ini menyatakan bahawa ia menyokong huraian dua negara jika kedua-dua pihak bersetuju. Tetapi dalam wawancara tersebut, Encik Kushner tidak memberi komitmen kepada kedaulatan Palestin yang merupakan dasar asas Amerika Syarikat di rantau itu.

"Saya tidak mahu berkongsi tentang maklumat terperinci dalam perjanjian itu kerana kami masih mengusahakannya," kata Encik Kushner. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan