Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kunjungi Amsterdam dari London dengan kereta api mulai April ini

Buat julung-julung kalinya, anda boleh ke Amsterdam dari London, dan begitu juga sebaliknya, menggunakan kereta api laju Eurostar, mulai April depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Feb 2018 07:25PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:18PM

EROPAH: Buat julung-julung kalinya, anda boleh ke Amsterdam dari London, dan begitu juga sebaliknya, menggunakan kereta api laju Eurostar, mulai April depan.

Khidmat kereta api laju yang menyaingi penerbangan jarak dekat itu akan mengambil masa tiga jam setengah bagi setiap perjalanan.

Perjalanan kereta api selaju 300 kilometer sejam itu menjadi kenyataan hasil pelaburan AS$1.4 bilion (S$1.85 bilion) bagi rangkaian rel Eropah. Ini termasuk juga perkhidmatan ke Perancis dan Belgium.

Perkhidmatan baru ke Amsterdam itu diharap akan membantu jumlah lawatan ke ibu kota Belanda itu. Perkhidmatan kereta api Eurostar terjejas teruk pada 2016 akibat beberapa serangan pengganas.

Eurostar menyatakan bahawa perjalanan kereta api dari London ke Amsterdam mengeluarkan 80 peratus kurang gas karbon berbanding khidmat penerbangan.

Setiap tiket perjalanan berharga AS$49 (S$65).

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan