Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan media tuntut tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana lambat bayar gaji

Badan Wartawan Malaysia (IoJM) mahu tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana berulang kali lambat membayar gaji kepada seramai 800 pekerjanya, lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan media tuntut tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana lambat bayar gaji

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 11:39AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 11:51AM

KUALA LUMPUR: Badan Wartawan Malaysia (IoJM) mahu tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia kerana berulang kali lambat membayar gaji kepada seramai 800 pekerjanya, lapor Malaysiakini.

Dalam satu kenyataan hari ini (13 Ogos), IoJM menegaskan bahawa ini bukan kali pertama kakitangan Utusan gagal menerima gaji mereka tepat pada waktunya.

Ia menambah bahawa bekas kakitangan yang menyertai skim pemisahan secara sukarela pada Disember lalu juga tidak dibayar pada masa yang dijanjikan.

"Ini bukan pertama kali syarikat itu sudah menangguhkan gaji, dan insiden baru-baru ini melibatkan gaji untuk bulan Julai.

"Media melaporkan bahawa kakitangan yang terjejas adalah mereka yang di bawah Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ). Gaji pekerja eksekutif dilaporkan tertangguh selama dua bulan dan mereka hanya menerima RM2,000 (S$662) pada bulan Jun.

"Menjelang bulan Disember tahun lalu, beberapa kakitangan menerima VSS sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos syarikat, namun pembayaran tersebut juga tertangguh," menurut kenyataan tersebut.

IoJM menambah bahawa walaupun industri media semakin merudum, namun syarikat masih bertanggungjawab secara kontrak untuk membayar kakitangan mereka.

"IoJM menyeru pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, dan mana-mana syarikat lain yang didapati melanggar kontrak tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan bahawa organisasi media mesti memastikan sumber yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab kewangan kepada pekerja mereka."

Menurut Malaysiakini lagi, minggu lalu NUJ menggesa Pengerusi Utusan Melayu Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir supaya melepaskan semua pegangan sahamnya di syarikat itu.

Setiausaha Agung NUJ, Chin Sung Chew berkata, beberapa anggotanya dari Utusan terpaksa memberi anak mereka air sirap kerana mereka tidak mampu membeli susu. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan