Kumpulan hak asasi kemukakan bukti kekejaman di Rakhine
Satu lagi laporan dikeluarkan mengenai kekejaman yang didakwa dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine.
YANGON: Satu lagi laporan dikeluarkan mengenai kekejaman yang didakwa dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine.
Menurut kumpulan hak asasi manusia, Fortify Rights, terdapat "lebih banyak bukti mengenai pembunuhan beramai-ramai kaum Rohingya" di Myanmar.
Operasi tentera di wilayah Rakhine itu mencetuskan pembanjiran keluar ramai Muslim Rohingya ke Bangladesh.
Sejauh ini lebih 600,000 orang pelarian Rohingya sudahpun melarikan diri.
Pertubuhan Bangsa-Bangsaa Bersatu (PBB) sebelum ini mengeluarkan laporan tentang berlakunya "penghapusan etnik di Myanmar."
Kini, situasi bertambah tegang menyusuli desakan kumpulan-kumpulan hak asasi hari ini (15 Nov) terhadap pentabdiran Myanmar untuk menarik larangan mengadakan bantahan di Yangon.
Larangan itu menambah kepada keprihatinan terhadap kekangan kebebasan bersuara terutama sekali berikutan penangkapan dua wartawan luar negara di Myanmar baru-baru ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.