Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan bantuan Yaman gesa AS tarik balik label pengganas Houthi

Sebanyak 22 kumpulan bantuan di Yaman menggesa pada Ahad (24 Jan) agar pentadbiran Amerika Syarikat yang baru menarik balik label pertubuhan pengganas asing gerakan Houthi yang disokong Iran di Yaman, dengan menekankan ia membahayakan jutaan nyawa dan mewujudkan risiko terhadap proses perdamaian.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan bantuan Yaman gesa AS tarik balik label pengganas Houthi

Penyokong Houthi di Sanaa, Yaman pada 20 Jan 2021 bantah tindakan AS label gerakan itu sebagai kumpulan pengganas (Gambar: REUTERS/Khaled Abdullah)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 11:35AM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 11:41AM

DUBAI: Sebanyak 22 kumpulan bantuan di Yaman menggesa pada Ahad (24 Jan) agar pentadbiran Amerika Syarikat yang baru menarik balik label pertubuhan pengganas asing gerakan Houthi yang disokong Iran di Yaman, dengan menekankan ia membahayakan jutaan nyawa dan mewujudkan risiko terhadap proses perdamaian.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah memulakan proses menilai semula status itu, yang berkuat kuasa pada 19 Januari, sehari sebelum pelantikan Presiden Joe Biden. Status tersebut membekukan sebarang aset Houthi berkaitan Amerika Syarikat, melarang warga Amerika untuk berurus niaga dengan mereka dan menjadikannya suatu jenayah untuk menyediakan sokongan atau sumber kepada gerakan itu.

"Penetapan label ini berlaku pada masa sebuah negara yang hancur akibat konflik selama enam tahun menghadapi ancaman nyata kebuluran, dan mesti ditarik balik dengan segera. Sebarang gangguan terhadap operasi bantuan menyelamatkan nyawa dan import komersil makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan barang-barang penting lainnya akan mengancam jutaan nyawa, " menurut kenyataan kumpulan-kumpulan bantuan itu.

Amerika Syarikat telah mengecualikan kumpulan-kumpulan bantuan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Palang Merah dan eksport produk pertanian, ubat-ubatan, dan alat perubatan daripada status tersebut.

Namun badan-badan bantuan itu menyatakan kesan undang-undang daripada status tersebut tidak difahami sepenuhnya, dan pengecualian itu tidak meliputi sektor komersial dengan secukupnya.

"Lesen dan garis pandu berkaitan tidak memberi jaminan yang mencukupi kepada bank-bank antarabangsa, syarikat perkapalan dan pembekal yang masih menghadapi risiko melanggar undang-undang Amerika Syarikat. Akibatnya, banyak pihak dalam sektor komersial mungkin akan merasakan risikonya terlalu tinggi untuk terus bekerja di Yaman," jelas badan-badan itu lagi.

Badan-badan yang menandatangani kenyataan itu termasuk Mercy Corps, Majlis Pelarian Norway, Oxfam, Save the Children dan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa.

Gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi telah campur tangan di Yaman pada 2015, dan menyokong pasukan pemerintah yang melawan Houthi dalam peperangan yang umumnya dilihat sebagai konflik proksi antara sekutu Amerika Arab Saudi dengan Iran. Para pegawai PBB sedang berusaha menghidupkan semula rundingan damai untuk menamatkan peperangan itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan