Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kumpulan aktivis gesa Biden gugurkan tuntutan hak milik intelektual vaksin COVID-19

Sebanyak 15 kumpulan perubatan dan hak asasi manusia menggesa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden supaya terlibat secara peribadi untuk sama-sama mengecualikan hak milik intelektual bagi vaksin COVID-19 di WTO, sambil menyifatkan kepimpinannya sebagai satu "tanggungjawab moral".

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan aktivis gesa Biden gugurkan tuntutan hak milik intelektual vaksin COVID-19

Gambar Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dipetik pada 25 Okt 2021 (Gambar: ANDREW CABALLERO-REYNOLDS/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 11:38AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 11:42AM

WASHINGTON: Sebanyak 15 kumpulan perubatan dan hak asasi manusia menggesa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden supaya terlibat secara peribadi untuk sama-sama mengecualikan hak milik intelektual bagi vaksin COVID-19 di Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), sambil menyifatkan kepimpinannya sebagai satu "tanggungjawab moral".

Amnesty International, Doctors without Borders, Human Rights Watch, Public Citizen dan 11 kumpulan lain memberitahu Presiden Biden dalam sepucuk surat bahawa pengeculian sangat-sangat diperlukan untuk memerangi pandemik itu, dengan menyatakan bahawa kurang daripada 7 peratus penduduk di negara-negara miskin menerima suntikan dos pertama vaksin dan bekalan vaksin masih terhad.

Lebih 5.4 juta orang meninggal dunia akibat COVID-19 di seluruh dunia sejak kes pertama dikenal pasti di China pada Disember 2019.

Presiden Biden mengubah pendirian Amerika yang lalu untuk menyokong pengecualian tersebut pada Mei, satu langkah yang mengejutkan sesetengah sekutu negara itu, namun tidak banyak kemajuan dicatatkan sejak itu. Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Switzerland tetap menentangnya, dengan alasan langkah pengecualian sedemikian akan mengurangkan pelaburan dan penyelidikan selama bertahun-tahun.

Rumah Putih menyeru semua anggota WTO supaya menyokong pengecualian sementara itu dan Ketua Pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala sedang mengusahakan satu perjanjian di persidangan menteri WTO di Geneva dari 30 November hingga 3 Disember.

Dalam surat mereka, yang salinannya dilihat oleh Reuters, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia itu menyatakan mereka "sangat kecewa" kerana pentadbiran Encik Biden tidak mengambil tindakan lanjut untuk mendapatkan persetujuan mengenai teks pengecualian berkenaan sejak kenyataan Presiden Biden pada Mei.

"Pendirian AS yang pasif telah memberi kuasa kepada sekutu rapat AS - Kesatuan Eropah, bagi pihak Jerman, serta Switzerland dan United Kingdom - untuk menyekat kemajuan walaupun berjuta-juta orang mati atau sakit teruk sementara menunggu vaksin dan rawatan yang berkesan," tulis kumpulan itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan