Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuda 9 tahun yang terselamat dari banjir berjaya mencuit hati penduduk

"Para pekerja di klinik itu tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan haiwan-haiwan itu kerana mereka terpaksa melarikan diri dari rumah jagaan itu apabila paras air bah semakin meningkat," kata Encik Takahashi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuda 9 tahun yang terselamat dari banjir berjaya mencuit hati penduduk

Kuda yang terkandas di atas bumbung sebuah rumah. (Gambar: AFP/Peace Winds Japan)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 06:46PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 06:50PM

KURASHIKI, Jepun: Seekor kuda yang terselamat daripada banjir dahsyat dengan berenang hingga ke atas bumbung sebuah rumah mencuit hati ramai orang di Jepun. Ini sedang negara itu bangkit dari hujan lebat yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 179 orang.

Seekor kuda berusia sembilan tahun, yang diberi nama Leaf, merupakan haiwan peliharaan di sebuah rumah jagaan warga tua di bandar Kurashiki. Ia terkandas di atas bumbung sebuah rumah selama tiga hari sebelum ia dikesan oleh para pekerja yang sedang menghulurkan bantuan pada hari Isnin (9 Julai) ketika paras air bah mula surut.

Gambar-gambar kuda berwarna sawo matang yang dilihat di atas bumbung itu menghiasi dada akhbar tempatan Jepun dan menjadi popular di media sosial, sekaligus membawa sedikit keceriaan kepada para penduduk selepas bencana alam yang paling dahsyat melanda negara itu dalam masa tiga dekad.

Para pekerja yang menghulurkan bantuan "menelefon jabatan bomba untuk meminta bantuan bagi menyelamatkannya, tetapi diberitahu bahawa para penyelamat terlalu sibuk menyelamatkan nyawa manusia," kata Encik Keiko Takahashi dari kumpulan bantuan kemanusiaan Peace Winds Japan.

Pertubuhannya mengerahkan kakitangannya ke tempat kejadian untuk menurunkan kuda yang dalam keadaan ketakutan itu, yang ditinggalkan bersendirian bersama anaknya ketika para pekerja di rumah jagaan itu sibuk berpindah daripada kawasan yang dilanda banjir.

Kuda itu juga disatukan dengan para pekerja di rumah jagaan itu, yang dilaporkan menangis apabila mereka mendapat tahu bahawa kuda itu terselamat.

"Para pekerja di klinik itu tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan haiwan-haiwan itu kerana mereka terpaksa melarikan diri dari rumah jagaan itu apabila paras air bah semakin meningkat," kata Encik Takahashi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan