Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing 'penglipur lara' ini cipta nama dalam Rekod Dunia Guinness

Percaya atau tidak, kucing jenis Maine Coon di Itali ini berukuran 120 cm - iaitu lebih panjang dari sebatang pemukul besbol!

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing 'penglipur lara' ini cipta nama dalam Rekod Dunia Guinness

(Gambar: @barivel_maine_coon/Instagram)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 01:08AM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 01:16AM

VIGEVANO: Percaya atau tidak, kucing jenis Maine Coon di Itali ini berukuran 120 cm - iaitu lebih panjang dari sebatang pemukul besbol!

Kucing besar itu dinamakan Barivel dan ia milik pasangan yang menetap di Pavia. Barivel dinobatkan sebagai kucing peliharaan terbesar, selepas rekod itu disahkan pada 22 Mei 2018.

Pemilik Barivel, Cik Cinzia Tinnirello dan Encik Edgar Scandurra, percaya haiwan peliharaan mereka itu seekor kucing yang istimewa.

"Ia kucing sangat istimewa bagi kami kerana ia agak pemalu... walaupun orang lain sering kali terkejut apabila melihatnya, tetapi ia seperti satu kurniaan bagi kami... kurniaan yang besar!," kata Encik Edgar kepada Rekod Dunia Guinness.

Nama 'Barivel' dalam bahasa Itali bermaksud penglipur lara. Encik Edgar menambah, kucingnya itu mempunyai personaliti tersendiri walaupun ia kelihatan garang dengan saiznya yang besar dan diberikan nama unik.

Malah, Barivel suka dimanja, memakan banyak biskut, ayam dan ikan - dan dibawa jalan dengan menaiki kereta tolak, seperti seorang bayi!

"Orang ramai terperanjat melihatnya kerana agak pelik bagi seekor kucing menaiki kereta tolak," kata Encik Edgar sambil menambah kucingnya itu suka diajak keluar.

Pastinya, bukan kereta tolak Barivel yang menarik perhatian orang ramai. Sering kali, mereka yang tidak mengenali pasangan itu tergamam apabila melihat saiz kucing yang begitu besar itu. Menurut Rekod Dunia Guinness, ramai yang menyapa pasangan itu semata-mata kerana ingin bergambar dengan Barivel.

Ini yang mendorong Encik Edgar dan Cik Cinzia untuk membuka sebuah akaun Instagram bagi kucing mereka. Namun, netizen pula curiga dan tidak percaya Barivel benar-benar bersaiz besar. Ada yang berfikir gambar-gambar Instagramnya sengaja disunting.

Sebelum ini, pasangan itu memang berfikir untuk mencuba mendaftarkan Barivel dalam Rekod Dunia Guinness kerana saiznya.

"Dari awal lagi, kami ingin mendapatkan gelaran Rekod Dunia Guinness untuknya. Bagi kami, ia sangat istimewa."

Mungkin Barivel akan terus menarik perhatian dunia. Sebabnya, kucing jenis Maine Coon lazimnya terus membesar sehingga usianya mencecah empat tahun. Barivel baru sahaja berusia dua tahun.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan