Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kucing ini berwajah manusia

Anak kucing ini mencuri tumpuan ramai netizen setelah gambarnya tersebar di Internet. Dalam sekelip mata, ia menjadi bintang Internet. Mengapa? Kerana ia kelihatan seperti manusia!

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing ini berwajah manusia

Kucing ini dinamakan Valkyrie. (Gambar: catsvillcounty/ Instagram)

Diterbitkan : 15 Jul 2018 07:57PM Dikemas Kini : 15 Jul 2018 08:08PM

RUSIA: Anak kucing ini mencuri tumpuan ramai netizen setelah gambarnya tersebar di Internet. Dalam sekelip mata, ia menjadi bintang Internet. Mengapa? Kerana ia kelihatan seperti manusia!

Pastinya, seperti anak kucing lain, ia sangat kecil dan comel kerana bulunya yang sangat tebal. Namun, yang sangat menarik perhatian adalah wajahnya yang seperti wajah seorang lelaki tua.

Menurut Metro UK, sejak gambarnya dikongsi di platform-platform media sosial, anak kucing yang dinamakan Valkyrie ini mendapat ramai peminat. Ramai tidak menafikan wajahnya benar-benar seperti seorang manusia, meski mereka tidak dapat memastikan ciri wajah yang membuatnya kelihatan seperti seorang manusia; adakah matanya yang memandang orang dengan penuh kesangsian ataupun raut wajahnya yang tegang?

(Gambar: (Gambar: @catsvillcounty/Instagram)

(Gambar-gambar: catsvillcounty/ Instagram)

Valkyrie milik seorang wanita bernama Tatiana Rastorgueva yang memelihara kucing-kucing jenis Maine Coon, lapor Metro UK.

Menurut agensi berita Pravda, Cik Tatiana juga memuat naik beberapa gambar kucing lain yang 'berwajah manusia' ke laman akaun Instagramnya. Namun, tidak dapat dipastikan jika semua kucing itu miliknya.

Ramai yang menyarankan supaya Cik Tatiana memperkenalkan kucing uniknya itu kepada dunia perfileman. Mereka percaya Valkyrie akan menjadi bintang terkenal terutama sekali jika ia membintangi filem-filem seram.

Kucing Maine Coon merupakan antara jenis kucing yang sering dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Selain mempunyai wajah yang unik, ia juga mempunyai kemahiran memburu. Ia juga antara jenis baka yang paling lama wujud di Amerika Utara.

Ia turut digelar sebagai 'gergasi lembut' kerana ia jenis kucing yang peramah. Tubuhnya pula besar dan bulunya tebal di bahagian dada.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan