Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kuching catat bacaan IPU sangat tidak sihat pagi ini

Jerebu semakin teruk melanda Sarawak apabila banyak kawasan mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Kuching menjadi satu-satunya kawasan mencatat IPU sangat tidak sihat iaitu 204 setakat pukul 9.00 pagi ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuching catat bacaan IPU sangat tidak sihat pagi ini

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 11:49AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 11:51AM

MIRI: Jerebu semakin teruk melanda Sarawak apabila banyak kawasan mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Kuching menjadi satu-satunya kawasan mencatat IPU sangat tidak sihat iaitu 204 setakat pukul 9.00 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, kawasan yang mencatat IPU tidak sihat juga meningkat kepada lapan berbanding enam kawasan di negeri berkenaan pada petang semalam.

“Lapan kawasan di negeri ini mencatat bacaan IPU tidak sihat antara 106 hingga 186 termasuk tiga kawasan di Miri iaitu sekitar Bandar Raya Miri, Sekolah Kebangsaan (SK) Baram 2 serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

“Kawasan lain mencatat IPU tidak sihat ialah Sri Aman, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Mukah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, 12 tompok panas sudah dikesan di Sarawak manakala di Indonesia tompok panas dikesan paling banyak di Kalimantan iaitu 1,087 dan Sumatera 306 tompok panas.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan