Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kru Ethiopian Airlines patuh prosedur tetapi gagal kawal pesawat

Laporan awal siasatan mengenai nahas pesawat Ethiopian Airlines pada bulan lalu mendapati pesawat Boeing 737 MAX 8 itu menjuman berulang-kali beberapa minit selepas pesawat itu berlepas dari Addis Ababa di Habsyah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2019 07:12PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 10:08PM

ADDIS ABABA: Laporan awal siasatan mengenai nahas pesawat Ethiopian Airlines pada bulan lalu mendapati pesawat Boeing 737 MAX 8 itu menjuman berulang-kali beberapa minit selepas pesawat itu berlepas dari Addis Ababa di Habsyah.

Pesawat tersebut terhempas pada 10 Mac lalu,meragut nyawa seramai 157 orang penumpang.

Laporan itu menyatakan para anak kapalnya mematuhi prosedur-prosedur disarankan oleh syarikat Boeing.

Namun, mereka tidak berjaya mengawal pesawat itu.

Semasa menyampaikan hasil siasatan itu, Menteri Pengangkutan Habsyah, Dagmawit Moges berkata pasukan penyiasat menyarankan supaya sistem kawalan penerbangan pesawat itu disemak sebelum ia dibenarkan beroperasi semula.

Sementara itu Pentadbiran Penerbangan Federal Amerika kini bekerjasama dengan penguatkuasa penerbangan antarabangsa, NASA dan Kanada, sebagai satu pasukan bertindak yang akan menyemak semula piawai keselamatan pesawat Boeing 737 MAX.

Siasatan itu bagi menentukan jika sistem kawalan penerbangan mematuhi peraturan-peratuan yang ada dan menyarankan langkah-langkah pembetulan jika perlu. 

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan