Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krismas disambut dalam keadaan tegang di Baitullaham

Gereja Nativity di Baitullaham di Tebing Barat menjadi tumpuan utama sambutan Krismas di wilayah-wilayah Palestin dan Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2017 09:57PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 10:59PM

BAITULLAHAM: Gereja Nativity di Baitullaham di Tebing Barat menjadi tumpuan utama sambutan Krismas di wilayah-wilayah Palestin dan Israel.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas adalah antara pemimpin yang hadir dalam upacara misa pada malam Krismas di gereja itu semalam (24 Dis).

Sambutan Krismas di Baitullaham tahun ini berlangsung dalam suasana yang tegang.

Rusuhan meletus di bandar berkenaan sejak beberapa minggu lalu membantah keputusan Amerika Syarikat mengisytiharkan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Sebuah agensi pelancongan tempatan menyatakan bahawa keputusan Amerika Syarikat itu menjejas bilangan pelancong yang datang ke bandar tersebut sempena Krismas.

Sebaliknya, Kementerian Pelancongan Israel mendakwa bahawa persiapan Krismas tidak terjejas.

Bahkan ia menjangkakan jumlah penganut Kristian ke Baitullaham naik 20 peratus berbanding tahun lalu.

Israel juga mengerahkan lebih ramai anggota keselamatannya di Baitulmakdis dan Baitullaham.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan