Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Krisis Baitulmakdis: Bantahan meluas di Palestin, Israel kerah lebih banyak pegawai

Bantahan semakin meluas di merata dunia hari ini (8 Dis) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Dec 2017 09:25PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 12:04AM

BAITULMAKDIS: Bantahan semakin meluas di merata dunia hari ini (8 Dis) menentang langkah Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Sejurus pengumuman Presiden Donald Trump itu semalam (7 Dis), pertempuran meletus antara orang-orang Palestin dengan polis Israel di Tebing Barat.

Justeru, pasukan keselamatan Israel mengerahkan anggota-anggota tambahannya bagi mengawal keadaan.

Anggota-anggota keselamatan Israel itu melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menembak peluru getah ke arah penunjuk-penunjuk perasaan.

Berpuluh-puluh orang cedera dengan seorang daripada mereka dalam keadaan tenat.

Bantahan lebih buruk dijangkakan di kawasan Haram al-Sharif di mana terletaknya Masjid al-Aqsa.

Meskipun mengetatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan tersebut, Israel tidak pula mengenakan sekatan usia para jemaah lelaki yang dibenarkan bersolat.

Biasanya, Israel melarang lelaki-lelaki muda bersolat di Haram al-Sharif apabila keadaan amat tegang.

Pihak Palestin sudahpun menyarankan umat Islam supaya bangkit mengadakan bantahan menunjukkan kemarahan mereka hari ini terhadap keputusan Presiden Trump itu.

ROKET DILANCAR DARI GAZA

Di Gaza pula, tiga roket ditembak ke arah Israel, satu daripadanya gugur di wilayah Israel.

Israel membalas dengan menembak ke arah wilayah Palestin pula.

Dua pertubuhan Palestin, Hamas dan Hezbollah pula menyeru supaya dimulakan intifada ketiga bagi membalas tindakan Presiden Amerika itu.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan