Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kotak hitam pesawat terhempas di Cuba ditemui

Pihak berkuasa Cuba mengesahkan sudah menemui salah satu kotak hitam pesawat Boeing 737 yang terhempas pada Jumaat lalu (18 Mei) di pinggir bandar Havana.

Anggaran Waktu Membaca:
Kotak hitam pesawat terhempas di Cuba ditemui

Gambar di tempat kemalangan selepas pesawat terhempas. (Gambar: ADALBERTO ROQUE/AFP)

Diterbitkan : 20 May 2018 12:16PM Dikemas Kini : 20 May 2018 12:19PM

HAVANA, CUBA: Pihak berkuasa Cuba mengesahkan sudah menemui salah satu kotak hitam pesawat Boeing 737 yang terhempas pada Jumaat lalu (18 Mei) di pinggir bandar Havana.

Demikian diumumkan Menteri Pengangkutan Cuba Adel Yzquierdo di sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Marti.

“Sebuah kotak hitam yang dalam keadaan baik ada pada kami.

“Kami akan meneruskan pencarian sebuah lagi kotak hitam. Ia sukar namun kami akan teruskan usaha pencarian. Kita akan ketahuinya dalam beberapa jam lagi” jelas Encik Yzquierdo.

Pesawat itu terhempas beberapa minit sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang berkenaan dua hari yang lalu.

Kemalangan itu meragut 110 nyawa penumpang dan kakitangan penerbangan sementara tiga mangsa lain cedera parah.

Mangsa yang maut terdiri daripada 99 warga Cuba, dua pelancong Argentina, seorang pelancong Mexico, dua penduduk Afrika Utara dan enam kakitangan penerbangan warga Mexico.

Lima daripada mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak.

Encik Yzquierdo turut mengesahkan bahawa sekumpulan pakar dari Boeing akan tiba di Havana bagi membantu siasatan.

Beliau turut memberi jaminan, pihak pegawai penerbangan Cuba akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Pesawat berkenaan disewa khas daripada sebuah syarikat Mexico sejak beberapa bulan lalu.

Ia masih dalam fasa percubaan sebelum kontrak jangka panjang ditandatangani bagi membolehkan ia digunakan syarikat pengangkutan kebangsaan Cubana de Aviacon.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan