Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ditemui

Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ditemui

(Gambar: AP/Dita Alangkara)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 09:25PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 09:28PM

JAKARTA: Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini (12 Jan).

Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata kotak hitam yang ditemukan itu adalah " Flight Data Recorder” (FDR).

FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat.

"Operasi pencarian akan tetap diteruskan bagi mengesan "Cockpit Voice Recorder" (CVR), mengesan serpihan pesawat, dan mengesan mangsa korban," kata Hadi Tjahjanto.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang terbang dari Jakarta ke Pontianak membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan selepas berlepas pada pukul 2.36 petang pada Sabtu lepas, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan