Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines diperiksa di Paris

Sebuah pasukan yang menyiasat nahas pesawat ET302 sudah tiba di Paris. untuk memeriksa kotak hitam pesawat itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2019 09:33PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 10:20PM

PARIS: Sebuah pasukan yang menyiasat nahas pesawat ET302 sudah tiba di Paris.
untuk memeriksa kotak hitam pesawat itu.

Pesawat tersebut terhempas selepas berlepas dari Addis Ababa, ibu kota Habsyah Ahad lalu.

Kesemua 157 penumpang terbunuh.

Perancis sedang membantu siasatan atas permintaan pihak berkuasa Habsyah.

Setakat ini pihak penyiasat dilaporkan menemui kepingan penstabil pesawat dengan pangkasnya berada dalam kedudukan luar biasa.

Mereka mengatakan ia serupa dengan apa yang ditemui dalam pesawat Lion Air yang terhempas di Indonesia pada Oktober lalu.

Pesawat itu juga jenis Boeing 737 Max 8.

Ia terhempas selepas berlepas selama 10 minit. 

Sumber : Agensi berita/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan