Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kos baiki prasarana awam gara-gara tunjuk perasaan Hong Kong cecah AS$1.3 bilion

Sedang bantahan-bantahan di Hong Kong melepasi minggu ke-22, kos membaiki prasarana awam yang dimusnahkan oleh para penunjuk perasaan terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kos baiki prasarana awam gara-gara tunjuk perasaan Hong Kong cecah AS$1.3 bilion

Para penunjuk perasaan membaling semula balang gas pemedih mata semasa satu perarakan bantahan di Hong Kong, China, pada 20 Okt 2019. (Gambar: Kim Kyung-Hoon/Reuters)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 08:01PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 08:06PM

HONG KONG: Sedang bantahan-bantahan di Hong Kong melepasi minggu ke-22, kos membaiki prasarana awam yang dimusnahkan oleh para penunjuk perasaan terus meningkat.

Menurut laporan akhbar South China Morning Post, pemerintah Hong Kong sedang memantau kos membaiki semula yang kini mencecah sekitar AS$1.3 bilion (S$1.8 bilion).

Sebanyak 460 lampu trafik dan 46 kilometer pagar pejalan kaki sejauh 46 kilometer adalah antara prasarana awam yang musnah. Ia juga termasuk lebih 1,000 kamera CCTV yang dirosakkan.

Prasarana awam juga terpaksa ditutup akibat kemusnahan tersebut.

Ini termasuk kolam-kolam renang dan taman yang ditutup buat sementara waktu iaitu hampir 2,000 kali dalam masa lima bulan.

Sumber : Agensi berita/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan