Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara tekankan langkah tutup tapak ujian senjata nuklearnya "bermakna & penting"

Korea Utara menekankan tentang perlunya ia menutup satu-satunya tempat ujian senjata nuklear di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara tekankan langkah tutup tapak ujian senjata nuklearnya "bermakna & penting"
Diterbitkan : 20 May 2018 09:10PM Dikemas Kini : 20 May 2018 09:13PM

KOREA UTARA: Korea Utara menekankan tentang perlunya ia menutup satu-satunya tempat ujian senjata nuklear di negara itu.

Langkah tersebut disifatkannya sebagai "bermakna dan penting".

Laman propaganda Korea Utara, "DPRK Today", mengulangi lagi bahawa langkah menutup tempat ujian senjata nuklear Punggye-ri akan dilakukan secara sukarela oleh Pyongyang bagi membebaskan Semenanjung Korea daripada gejala nuklear.

Ia berdasarkan perjanjian yang dicapai semasa sidang kemuncak Korea bulan lalu.

Kerja menutup tempat ujian nuklear Korea Utara itu dijadual dilakukan antara Rabu hingga Jumaat ini (25 Mei), bergantung kepada keadaan cuaca.

Namun ia menimbulkan teka-teki setelah Korea Utara enggan menerima senarai wartawan Korea Selatan untuk menyaksikan penutupan itu.

Bagi memastikan ketelusan, Pyongyang sebelum ini mengundang para wartawan asing termasuk dari Amerika Syarikat, Rusia dan China untuk menyaksikan kerja tersebut.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan