Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara selaraskan zon waktu dengan Korea Selatan sebagai langkah perdamaian

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata beliau akan mempercepatkan masa di Korea Utara selama 30 minit supaya ia sama dengan zon waktu di Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara selaraskan zon waktu dengan Korea Selatan sebagai langkah perdamaian

(Gambar: AFP/KIM Won-Jin)

Diterbitkan : 29 Apr 2018 02:09PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 02:15PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata beliau akan mempercepatkan masa di Korea Utara selama 30 minit supaya ia sama dengan zon waktu di Korea Selatan.

Ini sebagai langkah perdamaian menyusuli sidang puncak antara Korea Uara dengan Korea Selatan pada Jumaat lalu (27 Apr), menurut Seoul.

Kedua-dua negara itu mempunyai zon waktu yang berbeza sejak tahun 2015 apabila Korea Utara tiba-tiba mengubah masa standard kepada 30 minit lebih lewat berbanding Korea Selatan.

Menurut Pyongyang, demi semangat nasionalisme, ia akan mengembalikan zon masa Korea Utara kepada yang digunakan sebelum penjajahan Jepun dari tahun 1910 hingga 1945 di semenanjung Korea sebagai menandakan ulang tahun ke-70 ia merdeka daripada Tokyo.

Namun, Encik Kim berjanji akan mengubah zon masa itu semasa sidang puncak bersejarah dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, menurut seorang jurucakap Encik Moon.

Kedua-duanya mengadakan sidang puncak tersebut - yang ketiga seumpamanya - di bahagian selatan kampung perdamaian Panmunjom, di mana Encik Kim menjejakkan kakinya di sempadan Korea Selatan buat pertama kali. Kedua-dua pemimpin kemudian berikrar akan melucutkan senjata nuklear dan mewujudkan perdamaian yang berkekalan.

Menurut Encik Kim, beliau berasa "sedih" melihat dua jam dinding di bilik di mana sidang puncak itu diadakan menunjukkan waktu yang berbeza, menurut seorang jurucakap, Yoon Young-chan.

"Memandangkan kami yang mengubahnya, kami akan mengembalikannya kepada waktu asal. Anda boleh mengumumkannya kepada orang ramai," kata Encik Yoon yang memetik Encik Kim.

Encik Yoon memuji langkah tersebut sebagai "simbolik" demi hubungan lebih baik antara Seoul dengan Pyongyang. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan