Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara sedia berdialog dengan AS

Korea Utara "sangat bersedia" untuk mengadakan dialog dengan Amerika Syarikat. Demikian menurut delegasinya yang menghadiri upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk semalam (25 Feb) seperti yang diumumkan oleh Rumah Biru.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara sedia berdialog dengan AS

Presiden Trump (kiri) mengenakan sekatan ketat ke atas Korea Utara. (Gambar: Reuters/Kevin Lamarque, KCNA)

Diterbitkan : 26 Feb 2018 08:45AM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 08:49AM

SEOUL: Korea Utara "sangat bersedia" untuk mengadakan dialog dengan Amerika Syarikat. Demikian menurut delegasinya yang menghadiri upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk semalam (25 Feb) seperti yang diumumkan oleh Rumah Biru.

Dalam pertemuan dengan Presiden Korean Selatan Moon Jae In, delegasi Korea Utara "bersetuju bahawa dialog antara Korea Selatan dengan Korea Utara serta hubungan Korea Utara dengan Amerika Syarikat harus diperbaiki", menurut Rumah Biru dalam kenyataannya.

Pyongyang sudah berulang kali menyatakan ia bersedia untuk mengadakan dialog tanpa syarat. Namun, Amerika Syarikat menyatakan ia perlu mengambil langkah-langkah terhadap proses bebas senjata nuklear.

Amerika Syarikat semalam (25 Feb) menyatakan perbincangan dengan Korea Utara akan membuka "laluan lebih cerah" bagi rejim tersebut. Bagaimanapun, ia mengingatkan sebarang dialog harus berakhir dengan proses bebas senjata nuklear oleh Korea Utara.

"Seperti yang dikatakan Presiden Trump, jalan lebih cerah terbuka bagi Korea Utara jika ia memilih untuk menjadi bebas nuklear. Kami akan melihat jika mesej yang disampaikan Pyongyang hari ini, bahawa ia bersedia untuk mengadakan dialog, merupakan satu titik permulaan untuk menjadi bebas nuklear," menurut kenyataan Rumah Putih.

Masih belum jelas lagi jika kenyataan itu adalah tanda Amerika Syarikat sudah berlembut supaya Korea Utara mengambil langkah-langkah melucutkan senjata sebelum sesi dialog dimulakan.

Korea Utara - yang menjalankan beberapa ujian peluru berpandu tahun lalu, termasuk ujian yang dipercayai berupaya menyerang Amerika Syarikat - sudah menyatakan hasratnya untuk mengadakan perbincangan tanpa syarat dengan Washington.

Delegasi Korea Utara ke Korea Selatan dipimpin Jeneral Kim Yong Chol, yang kemudian bertemu dengan Presiden Moon Jae-in selama sejam sebelum upacara penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Korea Utara menujukkan kesediaannya untuk berbaik-baik, di mana ia menghantar atlit-atlit dan kumpulan sorak bagi mewarnai acara tersebut.

Amerika mengenakan sekatan baru ke atas Pyongyang pada Jumaat lalu (23 Feb). Presiden Donald Trump menyifatkan sekatan baru tersebut sebagai "yang paling ketat pernah dikenakan ke atas Korea Utara".

Pyongyang mengutuk langkah itu semalam (25 Feb) ketika Presiden Moon bertemu dengan Jeneral Kim Yong Chol. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan