Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lancar dua roket tidak dikenali

Korea Utara melancarkan dua roket tidak dikenal pasti ke laut hari ini (16 Ogos), kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) - pelancaran terkini Pyongyang sejak beberapa minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lancar dua roket tidak dikenali

(Gambar: KCTV/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 12:45PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 12:49PM

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua roket tidak dikenal pasti ke laut hari ini (16 Ogos), kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) - pelancaran terkini Pyongyang sejak beberapa minggu lalu.

Tentera Korea Selatan menyatakan bahawa roket berkenaan dilancarkan dari bandar Tongchon di wilayah Kangwon ke Laut Timur yang turut dikenali sebagai Laut Jepun.

“Pihak tentera sedang memantau keadaan itu bagi sebarang kemungkinan pelancaran roket tambahan sekali gus mengekalkan tahap siap siaga,” menurut JCS.

Ia adalah pelancaran keenam sejak bulan lalu, yang disifatkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai "amaran serius" terhadap latihan tentera Amerika Syarikat dengan Selatan yang bermula awal bulan ini.

Sekian lama, Korea Utara tidak berpuas hati dengan permainan peperangan, dan menyifatkannya sebagai latihan untuk menyerang Korea Utara.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan