Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara lakukan satu lagi 'ujian genting' di tapak pelancaran satelit Sohae

Korea Utara melancarkan apa yang disifatkannya sebagai satu "ujian genting" di sebuah tapak pelancaran satelit untuk meningkatkan "strategi  pencegahan nuklear".

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara lakukan satu lagi 'ujian genting' di tapak pelancaran satelit Sohae

Bendera Korea Utara berkibar di Misi Tetap Korea Utara di Geneva pada Oktober 2014. (Gambar fail: Denis Balibouse/REUTERS)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 09:58PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 10:00PM

SEOUL: Korea Utara melancarkan apa yang disifatkannya sebagai satu "ujian genting" di sebuah tapak pelancaran satelit untuk meningkatkan "strategi pencegahan nuklear".

Menurut media negara Pyongyang, ujian tersebut dijalankan di tapak pelancaran satelit Sohae tetapi tidak diberikan butiran tentang apa yang dilancarkan.

Perkembangan itu berlaku menjelang tamat tempoh yang dikenakan Korea Utara, iaitu hujung tahun ini, agar Amerika Syarikat menarik balik syarat agar Pyongyang memansuhkan program nuklearnya.

Pyongyang sudahpun memberi amaran ia akan mengambil laluan baru jika rundingan dengan Amerika masih buntu.

Wakil khas Amerika ke Korea Utara, Stephen Biegun, dijadual tiba di Seoul pada Ahad (15 Dis) bagi perbincangan dengan para pegawai Korea Selatan.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan